Panduan Berguna Jika Ingin Membina Rumah Di Atas Tanah Sendiri
Bidang hartanah dan pembinaan merupakan bidang yang sangat kompleks dan sukar nak difahami oleh orang biasa kerana ia memerlukan pengetahuan teknikal. Kalau tahu sikit-sikit tu kira bonus. Oleh yang demikian, saya akan cuba memberikan maklumat yang mudah difahami dan dipraktikkan. Sedia maklum, membina rumah kediaman di atas tanah sendiri merupakan impian setiap semua orang. Kalau diikutkan dari segi kos memang banyak jimatnya berbanding membeli rumah kediaman yang telah siap. Akan tetapi, ramai yang tidak mengetahui selok-belok dalam merancang kediaman jenis ini sehingga boleh mengikis wang poket anda sedikit demi sedikit sehingga melebihi kos yang sepatutnya. Panduan Berguna Jika Ingin Membina Rumah Di Atas Tanah Sendiri : #1 GERAN TANAH Geran amatlah diperlukan untuk mengenalpasti pemilikannya. Pastikan geran tanah tersebut tertera nama anda sebagai pemiliknya atau nama pasangan anda, jika ( suami dan isteri ). Sekarang ada berbagai versi pemilikan tanah, ad