3 PERKARA WAJIB SEBELUM MELANTIK KONTRAKTOR UNTUK BINA RUMAH IMPIAN
Dalam mencari kontraktor binaan pastinya mendatangkan kebingunggan kepada kita dalam membuat pilihan kerana pelbagai cara dan kaedah mereka dalam memastikan ” job ” tersebut akan jadi milik mereka.
Pastinya kita akan dihidangkan dengan pelbagai kos harga , ada yang mahal, ada yang murah dan ada yang terlebih murah…kira tak masuk akal lah.Paling giler kos rumah RM50 ribu boleh dapat rumah banglo sebuah…pengsan…
disini kami nak berkongsi sedikit info yang mungkin boleh di guna pakai bagi memastikan anda tidak tersalah memilih kontraktor yang akan memicit dan memeras wang anda dengan kos-kos yang tak sepatutnya.
1 – HARGA
.
Jika anda di tawarkan harga, pastikan jangan mudah terpedaya dengan kos harga yg murah atau pun terlalu murah, percaya lah TIDAK ada yang murah dizaman ini, nak masuk toilet pun kena bayar 50 sen tau.
kalau dia menantu tokey hardware sekali pun belum tentu lagi bapak mertua dia bole bagi separuh harga barang pembinaan. Jadi anda kena bijak dalam membuat pemilihan harga, carilah harga yg dirasakan seimbang dalam pasaran dan pastikan tau spesifikasi material yang digunakan untuk pembinaan rumah anda. kalau tak tau, carilah kawan yang pandai teman kan anda untuk berjumpa kontraktor semasa sesi penerangan sebut harga.
2 – REKOD PEMBINAAN
.
Kontraktor ni ada daftar CIDB ke ?? pada pendapat kami la kan, kalau semata-mata tunjuk sijil daftar dengan CIDB pun belum tentu menjamin rumah kita bole siap dibina. Paling mudah, luangkan lah masa melawat tapak-tapak atau rumah-rumah yang telah dibina, jika kontraktor ini aktif , sudah pasti ada projek-projek yang sedang dibina yang bole dijadikan bahan rujukan kepada kita, jangan percaya kepada kata-kata mereka, takut info yang diberikan hanya sekadar wayang atau janji-janji manis sebelum mendapat projek dari kita.
3 – KONTRAKTOR BERHANTU
.
Pastikan yang kontraktor anda ini betul-betul wujud, jangan sampai jumpa kontraktor berhantu, hanya wujud pada waktu malam sahaja, ini paling bahaya !!!
lakukanlah lawatan ke pejabat kontraktor tersebut, dari situ pun anda boleh nampak betapa seriusnya mereka dalam bidang kerja mereka, bukan berurusan di kedai-kedai mamak, kalau serius nak bisnes maka mereka haruslah serius dan profesional dalam melakukan bisnes mereka.
pastikan transaksi bayaran telus, melalui akaun syarikat bukan atas nama individu dan pastikan pelan lantai dan perjanjian semua secara terang dan teratur.
.
Apa yang kami notakan info diatas ada lah berdasarkan pengalaman yang direkodkan dari semua pelangan kami, kami cuba kumpulkan maklumat dan pastikan ia tidak berulang kepada anda.
Zaman sekarang tak susah nak siasat aktiviti sesebuah syarikat. Google je nama syarikat pasti banyak info yang boleh kita perolehi demi menjamin perlaburan kita.
Semoga bermanafaat dan sudi-sudilah share demi kebaikan bersama
Comments
Post a Comment