Posts

Showing posts from September, 2018

Panduan Berguna Jika Ingin Membina Rumah Di Atas Tanah Sendiri

Image
Bidang hartanah dan pembinaan merupakan bidang yang sangat kompleks dan sukar nak difahami oleh orang biasa kerana ia memerlukan pengetahuan teknikal. Kalau tahu sikit-sikit tu kira bonus.  Oleh yang demikian, saya akan cuba memberikan maklumat yang mudah difahami dan dipraktikkan. Sedia maklum, membina rumah kediaman di atas tanah sendiri merupakan impian setiap semua orang. Kalau diikutkan dari segi kos memang banyak jimatnya berbanding membeli rumah kediaman yang telah siap.  Akan tetapi, ramai yang tidak mengetahui selok-belok dalam merancang kediaman jenis ini sehingga boleh mengikis wang poket anda sedikit demi sedikit sehingga melebihi kos yang sepatutnya. Panduan Berguna Jika Ingin Membina Rumah Di Atas Tanah Sendiri :   #1 GERAN TANAH Geran amatlah diperlukan untuk mengenalpasti pemilikannya. Pastikan geran tanah tersebut tertera nama anda sebagai pemiliknya atau nama pasangan anda, jika ( suami dan isteri ). Sekarang ada berbagai versi pemilikan tanah, ad

PESANAN RINGKAS UNTUK SEMUA

Image
Zaman sekarang ramai sangat kontraktor binaan. Namun, sebagai pelanggan kita harus bijak membuat pilihan agar tidak tertipu.  Sebelum tu, izinkan kami kongsikan beberapa maklumat yang Tuan/Puan perlu tahu sebelum membina banglo idaman. ☑  Pastikan Kontraktor Mempunyai Lesen Perniagaan/Alamat Urus Niaga Yang Sah ☑  Pastikan Bajet Mencukupi ☑  Rekod Kerja & Profil Syarikat ☑  Dapatkan Pelan Lantai ☑  Sebut Harga Yang Berpatutan Dengan Bahan Binaan APA RISIKO JIKA TUAN/PUAN TAK AMBIK BERAT PASAL 5 PERKARA NI? 1. Kontraktor lari , duit lenyap/burn 2. Pelan Over Bajet 3. Banglo Tuan Terbengkalai Dan Tak Siap Sepenuhnya 4. Keluasan Pelan Tak Tepat 5. Tertipu Dengan Harga Barangan Amacam? Sudah baca? Pilihan terletak di tangan anda. 

3 PERKARA WAJIB SEBELUM MELANTIK KONTRAKTOR UNTUK BINA RUMAH IMPIAN

Image
Dalam mencari kontraktor binaan pastinya mendatangkan kebingunggan kepada kita dalam membuat pilihan kerana pelbagai cara dan kaedah mereka dalam memastikan ” job ” tersebut akan jadi milik mereka. Pastinya kita akan dihidangkan dengan pelbagai kos harga , ada yang mahal, ada yang murah dan ada yang terlebih murah…kira tak masuk akal lah.Paling giler kos rumah RM50 ribu boleh dapat rumah banglo sebuah…pengsan… disini kami nak berkongsi sedikit info yang mungkin boleh di guna pakai bagi memastikan anda tidak tersalah memilih kontraktor yang akan memicit dan memeras wang anda dengan kos-kos yang tak sepatutnya. 1 – HARGA . Jika anda di tawarkan harga, pastikan jangan mudah terpedaya dengan kos harga yg murah atau pun terlalu murah, percaya lah TIDAK ada yang murah dizaman ini, nak masuk toilet pun kena bayar 50 sen tau. kalau dia menantu tokey hardware sekali pun belum tentu lagi bapak mertua dia bole bagi separuh harga barang pembinaan. Jadi anda kena bijak dalam membu

5 Fakta Yang Anda Perlu Tahu Tentang Pelukis Pelan

Image
Mungkin ramai yg selalu terfikir kenapa upah bayaran pelukis pelan ni mahal. Sbb tu ramai yg ambil jalan mudah utk jimat kos, lukis pelan tanpa kelulusan majlis. Ni ayat2 yg biasa org komplain bab upah lukis pelan ni.. “Mahal sgt la pelan ni..” “Kenapa lmbt sgt nak siap pelan ni?” “Lukis2 je pun, bukan susah sgt..” Utk info, bg klien2 bakal bina rumah.. kalau anda nak ubahsuai rumah atau nak bina rumah ikut citarasa anda, anda perlu melantik pelukis pelan berdaftar atau arkitek bertauliah utk mendapatkan kelulusan PBT. Bila dah dapat kelulusan PBT tu baru la anda boleh guna pelan rumah tu dan beri kpd kontraktor utk menjalankan kerja2 pembinaan di tapak rumah anda.. Bukan mudah tau nak lukis pelan ni.. Nak lukis pelan ni bkn boleh suka2 je. Nak cari idea tu bkn boleh turun dlm sesaat. Nak2 lg utk penuhi citarasa klien yg bermcm2 jenis. Hasil usaha nak menuntut ilmu ni memakan masa bertahun2.. Kos belajar masa zaman universiti du

Tips Pengeluaran KWSP Untuk Membina Rumah

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera, hari ini admin akan kongsi sedikit mengenai tips  pengeluaran KWSP untuk membina rumah . Bagi anda yang masih baru dalam sektor ini, Banyak perkara yan g perlu anda ketahui seperti  kelayakan permohonan, jumlah yang boleh dikeluarkan  dan lain-lain. Pengeluaran ini membolehkan anda mengeluarkan simpanan Akaun II untuk membiayai pembinaan sebuah rumah seperti berikut: Pembinaan secara perseorangan atau Pembinaan secara bersama suami/isteri. Kelayakan Permohonan bagi membuat permohonan pula adalah seperti berikut : • Ahli warganegara Malaysia • Ahli warganegara Malaysia yang pernah membuat pengeluaran di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara Malaysia sebelum 1 Ogos 1995 dan kemudian memilih untuk mencarum semula. • Ahli bukan warganegara Malaysia (Ekspatriat) yang menjadi ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998. • Ahli bukan warganegara Malaysia yang mendapat status penduduk tetap Malaysia (PR). • Anda mempunyai baki simpanan dalam Akaun II anda

5 “MUST-KNOW” Bina Rumah Atas Tanah Pertanian

Image
Mungkin ramai antara kita yang ada tanah status pertanian hasil warisan drpd ibu bapa. Biasanya, saiz tanah ni melebihi 1 ekar. Jadi persoalannya.. boleh ke nak bina rumah atas tanah status pertanian ni? FAKTOR ZONING – Ada sesetengah Majlis Daerah yang masih akan meluluskan pelan rumah yg bakal dibina atas tanah status pertanian. Ni mungkin disebabkan faktor tanah pertanian an faktor zoning kt sesebuah kawasan tu yg menyebabkan pelan diluluskan. PINJAMAN KERAJAAN – Pinjaman perumahan kerajaan masih akan meluluskan pinjaman bina rumah pemohon tapi dgn syarat anda mesti la mendapatkan pelan rumah yang telah diluluskan oleh Majlis Daerah. Kalau cth Majlis Daerah dah wajibkan utk tukar status dulu ke bangunan, pemohon terpaksa la tukar dulu utk proses kelulusan pelan. KELULUSAN PELAN – Kebanyakkan Majlis Daerah dah wajibkan pemilik tanah utk tukar status tanah pertanian ke bangunan utk dptkan kelulusan pelan rumah. Jd nak taknak, anda kena jugak tukar status dulu. PINJAMAN BANK

Pelan Rumah

Image
Apa yang dimaksudkan dengan pelan rumah dalam sektor pembinaan?? Pelan rumah adalah lukisan teknikal yang dilukis secara terpeinci  oleh pelukis pelan rumah atau mana-mana orang yang pakar dalam melukis pelan. Jika dulu pelan dilukis menggunakan tangan tapi bila teknologi sekarang semakin canggih ianya telah dinaik taraf melukis  menggunakan  program AutoCad atau Ravit. Dari dulu lagi kita tahu pelan rumah sangat penting apabila kita ingin membina rumah jika tidak membuat pelan rumah pun pasti akan ada satu kertas untuk dikemukakan kepada tukang . Pelan yang telah siap dilukis pula  akan dicetak kepada tracing paper yang bersaiz A1 yang berfungsi sebagai sokongan jika pelan salinan lain hilang . Daripada tracing paper akan dicetak pula menggunakan kaedah blue print sepertimana yang dikehendakki oleh Pihak Majlis Daerah di seluruh Negara untuk mendapat kelulusan. Pelan yang biasa kita lihat dipanggil construction drawing semuanya dibuat dalam bentuk blue print dan bersaiz A1 .

Bagaimana Pihak Bank Kira Kelayakan Pinjaman Bagi Individu Yang Bekerja Sendiri atau Berniaga.

Jika anda ingin tahu, adakah anda layak atau tidak untuk membuat pinjaman perumahan dan berapakah jumlah yang layak ? Penyata akaun semasa bank bagi perniagaan anda memainkan peranan penting. Apa yang perlu anda lakukan, dapatkan 6 bulan atau 3 bulan penyata bank anda. Lihat pada jumlah kredit (wang masuk) pada setiap bulan. Abaikan baki semasa dan juga jumlah wang keluar. Contohnya. Bulan 1 : RM30,000 jumlah wang masuk Bulan 2 : RM25,000 jumlah wang masuk Bulan 3 : RM35,000 jumlah wang masuk Jadi, purata pendapatan anda ialah : (RM30,000 + RM25,000 + RM35,000) / 3 bulan = RM30,000 (kalau 6 bulan penyata bank, maka bagi 6 lah yer!) Setelah dapat purata pendapatan, darab pula dengan 20%. Contoh, RM30,000 X 20% = RM6,000. Itulah anggapan bank tentang wang gaji anda sebagai seorang yang bekerja sendiri ataupun berniaga RM6,000 sebulan Dari Rm6,000 itu pula, bank akan mengangap, hanya 60% sahaja yang boleh digunakan oleh anda untuk membayar segala hutang-piutang dalam hidu

Design terbaru

Image
Hangpa design, kami bina untuk hangpa.  Call 0125354770